Artis tempatan sanggup mengetepikan jadual padat mereka demi membantu mangsa banjir yang melanda negeri di pantai timur. Pelbagai usaha dilakukan mereka bagi meringkan bebanan mangsa menerusi sumbangan barang keperluan dan dana.
Bagi pelakon Fizo Omar, biarpun rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan tidak terjejas, dia tetap turun padang membantu mangsa banjir di sekitar negeri terbabit.
Menurutnya, dia bergegas pulang ke kampung halaman pada Jumaat lalu sebaik dimaklumkan keadaan di negeri itu semakin kritikal.
"Mujur rumah di kampung tidak banjir tetapi pejabat perniagaan Hot Burger di Wakaf Che Yeh sudah dimasuki air," katanya ketika dihubungi, semalam.
Pelakon berusia 29 tahun itu bersama ahli keluarganya dan pasukan Hot Burger melancarkan misi bantuan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
"Tiga hari lalu, kami membantu membawa keluar kanak-kanak dan warga emas yang terperangkap di rumah mereka menggunakan bot sekitar jam 4 pagi," katanya.
Fizo berkata, bantuan lain juga termasuk mengagihkan makanan dan barang keperluan sumbangan masyarakat prihatin kepada mangsa di pusat perlindungan.
"Saya bersama pasukan kenderaan pacuan empat roda kini sibuk mengagihkan bekalan yang dihantar ke negeri ini menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur.
"Selain itu, saya turut mengagihkan ratusan kilogram bekalan daging yang sempat diselamatkan dari pejabat.
"Keadaan di sini amat membimbangkan dan masih ada mangsa yang terperangkap. Justeru, saya menyeru penduduk di Kelantan yang tidak terjejas untuk membantu mangsa dengan apa jua cara," katanya.
Sementara itu, Fizo turut mengalu-alukan orang ramai menyertainya untuk menghulurkan bantuan di sekitar Kelantan.
"Sesiapa yang ingin menyertai pasukan saya membantu mangsa banjir boleh mendapatkan maklumat lokasi kami berada menerusi akaun Facebook saya," katanya.
Selain Fizo, selebriti lain yang turut meluangkan masa membantu mangsa banjir adalah Nabil, Afdlin Shauki, DatukSiti Nurhaliza, Aaron Aziz, Amy Search, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19987#foto
結果 (
日本語) 1:
[コピー]コピーしました!

翻訳されて、しばらくお待ちください..